Pengumuman

Harga bagi pakej-pakej kompang untuk tahun 2016 adalah kekal dan tiada perubahan. Jadual untuk tahun 2016 akan dikemasikini dari masa kesemasa.

Promosi

Kami membuka untuk anda mempromosi segala produk untuk perkahwinan sama ada katering, pelamin, PA system, kompang dan lain-lain yang berkaitan. Berminat boleh hubungi kami melalui telefon, whatsapp, tweeter dan email. Sertakan nama, produk, nombor hubungan, dan jika ada laman web anda.

Format Persembahan

FORMAT PERSEMBAHAN

Sebagaimana kebiasaannya dalam majlis perkahwinan kompang akan di mainkan pada 2 acara iaitu berinai dan bersanding samada siang atau malam. Untuk acara berinai ada 2 jenis iaitu berinai kecil dan berinai besar. Acara berinai kecil hanya melibatkan pengantin perempuan yang akan dipakaikan inai manakala acara berinai besar melibatkan kedua mempelai dan kompang akan dimainkan untuk menyambut ketibaan pengantin lelaki. Acara berinai ini biasanya dilangsungkan pada sebelah malam.

Bagi Kompang Selasih, kami biasanya menggunakan format berikut:

1. Acara Berinai Besar
    i - Pukulan Bearak untuk iringin pengantin.
   ii - Pukulan dan nyanyian lagu ( 1 lagu sahaja)

2. Acara Bersanding
    i - Pukulan Berarak untuk iringi pengantin ke persandingan.
   ii - Pukulan Selawat untuk iringi pengantin ke persandingan. (atas permintaan kerana adakala      
         kompang diminta berhenti pada separuh jalan untuk memberi laluan kepada Selawat dari DJ
         bertugas.
  iii - Pukulan dan persembahan silat. (atas permintaan)
  iv - Pukulan dan nyanyian lagu. 2 lagu akan dinyanyikan iaitu
         a. Lagu Selawat
         b. Lagu Ke-2
         c. Lagu Ke-3 (sekiranya Pukulan Selawat telah dimainkan.)
    v - Pukulan Penutup untuk mengakhiri persembahan.